Occupational Health & Safety Policy
ISO 45001:2018
Quality Policy
ISO 9001:2015
Environmental Policy
ISO 14001:2015

Lebih 500 penduduk dapat manfaat outreach vaksin COVID-19, SurFi- bah!

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Lebih 500 penduduk tempatan dari dua perkampungan di kawasan pedalaman sekitar Inanam dan Tuaran, Sabah mendapat manfaat daripada Program Outreach Vaksin COVID-19 dan Perkhidmatan Internet Satelit, SurFi-bah!, kelmarin.

Program di Balai Raya Kampung Pinahawon, Tuaran dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ruminding, Inanam itu adalah hasil kerjasama awam-swasta antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) bersama sebuah syarikat penyedia internet tempatan, Gemilang Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan SDHB Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata dua kawasan perkampungan itu telah mendapat perhatian pihak SHDB dan KSTI kerana kesukaran penduduk mendapatkan vaksin selain menyediakan bantuan kemudahan internet satelit.

“Pihak SDHB juga akan meluaskan program outreach itu ke seluruh pelusuk pedalaman Sabah bagi membolehkan penduduk mendapat vaksin COVID-19 sekali gus memudahkan mereka kerana tidak perlu ke pusat perkhidmatan vaksin (PPV) lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung SurFi-bah!, Mohd Abdul Karim berkata perkhidmatan internet yang pertama seumpama itu di dua perkampungan itu juga membolehkan penduduk sekitar menikmati kemudahan satelit internet di kampung mereka.

“Pada masa sama, SDHB juga dalam perancangan meneroka lebih banyak kawasan terpencil di Sabah bagi memancarkan perkhidmatan internet menerusi satelit,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan SK Ruminding, Losius Marasim berkata kemudahan satelit internet percuma berkenaan telah memberikan manfaat kepada warga sekolah yang nyata gusar dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terjejas berikutan masalah capaian internet yang lemah dan terhad.

— BERNAMA