Occupational Health & Safety Policy
ISO 45001:2018
Quality Policy
ISO 9001:2015
Environmental Policy
ISO 14001:2015

Serba Dinamik lancar internet satelit MySurFi di Larut, Perak – BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Perkhidmatan Internet Satelit MySurFi kendalian syarikat kejuruteraan Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) bersama Mosyawa Sdn Bhd yang telah dilaksanakan di Melaka dan Kelantan kini diperkenalkan di Larut, Perak.

MySurFi merupakan program khidmat sosial masyarakat (CSR) Internet jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan satelit bagi memberikan capaian internet percuma selama enam bulan semasa pandemik, kata Serba Dinamik dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah berkata aktiviti CSR sebegini adalah sangat unik berbanding program CSR lain yang dijalankan oleh SDGB.

“Pemasangan MySurFi hanya mengambil masa kurang dua minggu dari tarikh tinjauan mula di tapak yang dipilih, manakala spesi몭kasi peralatan yang dipasang pula adalah menepati piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.

Menurut SDGB, selain perkhidmatan internet percuma, syarikat ini turut menyumbang keperluan semasa dan bantuan kepada keluarga terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. “Inisiatif ini juga diterajui oleh Bahagian Teknologi Angkasa Kumpulan Serba Dinamik dan CARE Team.

“Dengan inisiatif ini, Mosyawa dan Serba Dinamik amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bersama membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan hasrat bagi memberi perkhidmatan jalur lebar ini secara menyeluruh di kawasan yang tiada capaian internet,” katanya.

Ketua Pengawai Eksekutif Mosyawa, Mohd Syakirin Che Aziz berkata pelaksanaan MySurFi adalah sejajar dengan kemajuan teknologi semasa yang mana penggunaan satelit ini sudah tidak asing lagi.

“MySurFi sudah menghala ke arah itu dalam memberi perkhidmatan jalur lebar yang berpatutan dan berkelajuan tinggi.

— BERNAMA